Zon Angker lewat tengah malam.
Pm lewat wasap
Misteri human detector, cctv
Aku namakan dia El, lokasi rahsiakan dululah. Nak jaga privacy El juga. Sebab aku mahu pun El tak tahu gangguan ini berpunca daripada apa.
Kisah bermula selepas perbincangan adik beradik.Kakak ipar El ada sebuah rumah yang tidak dihuni selama 3 tahun. Jadi rumah tu terbiarlah selama itu. Disebabkan kakak ipar El ni bujang so dia tak mahu tinggal sendirian. Bahaya. After perbincangan maka kakak ipar ni jual pada El, kontrak sewa dan beli.
3 hari selepas aidil fitri baru ni, El dan family masuk rumah ni selepas pembersihan. Dalam masa yang singkat, bincang, sewa beli terus pindah. Kata El adalah dalam 3 minggu juga proses tu.
Masa pindah tu memang tak dapatlah nak buat kenduri ke apa, pkp kan. Tapi suami El azan dulu sebelum masuk rumah, El pun bila dah masuk rajin membaca ayat- ayat suci alquran ni semua. Insya allah, yakin lah tak ada apa. Rumah tinggal kita pun faham. Rumah baru persekitaran baru, suami El jarang ada di rumah. So untuk keselamatan dia pasang cctv. Dekat belakang rumah tu pula belukar. Jadi takut jugalah.
Keanehan bermula sebaik sahaja mereka di situ. El mengadu dia paling kerap terkena. Kadang tu kaki tersadung tak memasal. Macam tak ada mata dah.. tersadung jatuh. El ni suka main basikal, pusing- pusing naik basikal dekat sekitar rumah pun boleh terjatuh. Aku tanya juga kut dia rasa ada orang tolak ke? Memang tak adalah.
Baru- baru ni dia tergelincir teruk di garaj. Sampai koyak dahi. Berdarah banyak sampai kena 4 jahitan. Pelik betul..asyik terjatuh, asyik tersadung.. walhal dah cukup berhati- hati.
Paling aneh El kata.. bab sampah. Sampah tu berbuang hari- hari tapi ulat sampah tu ada sentiasa . Lagi dia kutip,lagi banyak ulat tu. Nak kata ada bangkai, bau pun tak ada. Ulat tu muncul dari dalam tong sampah. Kalau ikut logik, takat buang sampah pagi, tengahari dah berulat? Tu pelik..
Baru ni, dah lah dahi tu sakit berjahit. Nak tunduk payah. Ulat tu datang lagi. Allah stress pula dia rasa. Kesian El..
Tu baru bab ulat sampah. Bab cctv dekat belakang tu. Mereka dah set human detect pada cctv tu kalau ada orang lalu memang boleh capture clear. Aku sertakan gambar, dalam kotak jingga tu , boleh tengok time pukul berapa sebelah kanan atas. Apa yang cctv tu capture. Dan korang baca sendiri conversation aku dengan dia pasal human detector cctv dia tu.
Apa ye dalam kotak jingga tu?
Korang boleh nampak semak samun tu, siapa nak lalu dekat situ. Tapi menurut el..ada kesan laluan dekat situ? Mahluk tu lalu? Allahualam.. kalau kita tengok semak tu , kita tak lalu.. kalau pencuri atau orang lain, mesti cctv dah capture?
Atau.. ada orang halimunan kat situ? Aih! Seram aku.
Aku cuma boleh sugest el untuk cari ustaz bantu dia. Meremang bulu roma tengok gambar cctv tu..tak tahulah apa yang dia detect dekat situ.
Payah bila terjebak di zone angker ni kan...
Kredit : Puan Ida
berapa hari lagi tahun baru 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
PERHATIAN: UNTUK ANDA YANG NAK MENGAMAL MADU TAPI MASIH TERCARI-CARI PEMBEKAL MADU TUALANG ASLI YG LEBIH DIYAKINI & DIPERCAYAI.
MADU YUBALAM AKAN BANTU BUATKAN ANDA AMAL MADU TANPA RAGU.
Assalamualaikum & salam sejahtera tuan/puan.
Adakah anda sedang risau dgn lambakan madu 'rachuuun' di pasaran?
Pernah jadi mangsa penipuan sindiket madu palsu? Sesangat takut tertipu lagi..
Susah nak cari madu lebah yang diyakin ori, berkualiti dan dijamin halal?
Susah nak amalkan sebab harga madu mahal sangat... Bimbang beli madu mahal-mahal tapi rupa-rupanya madu "cap ubat gegat"
Yes.. Hasil dari survey yang kami buat, ramai orang sebenarnya tahu tentang kebaikan & khasiat madu lebah utk kesihatan.. TAPI takut nak beli madu sebab khuatir madu yg dibeli adalah palsu.
Nanti bukan sihat yang dapat, penyakit pula yang menyerang.
NOW- DON'T WORRY...
.MADU YUBALAM AKAN BUATKAN KORG MAKAN MADU TANPA RAGU
.
.
7 SEBAB MADU YUBALAM PATUT
JADI PILIHAN NO.1 ANDA
======================
[+] MADU TUALANG TERBAIK DARI HUTAN BELANTARA – Madu Tualang Yubalam ni dituai dari Hutan Belantara Riau Sumatera. Dipungut dri pokok tualang ditengah2 hutan tebal..
[+] TERMURAH DIPASARAN - Ya Madu Yubalam adalah pembekal madu tualang antara yang termurah dipasaran. Biasanya org yang tanya2 nak survey harga je,, pastu mesti comeback untuk beli terus.
[+] PENGALAMAN LEBIH 18 TAHUN – Alhamdulillah, MADU YUBALAM telah diusahakan oleh 3 generasi.. Atok..anak dan cucu… Alhamdulillah atok pun masih sihat dan aktif menjual madu lagi walaupun sudah berumur lebih 80 tahun.
[+] KEPERCAYAAN RAMAI ORANG – sejak 15 tahun pelanggan Madu Yubalam kini bukan saja dari seluruh Malaysia.. malah dari Singapura, Indonesia, China, Dubai, Australia & byk lgi! Bukan tu jer! Madu Yubalam turut dipercayai dan mendapat pensijilan dari JAKIM (pssst.. nak tau tak?? madu Yubalam adalah pembekal madu tulen bumiputera yg ada pensijilan halal tau!!!.. yg ni x ramai pembekal yg ada!)
[+] TERBUKTI TULEN DARI MAKMAL – Ketulenan Madu Tualang Yubalam lebih diyakini selepas terbukti ketulenannya dari Unipeq, Genom Malaysia Institute dan Melaka Biotechnology.
[+] ANUGERAH JUALAN TERLARIS MAHA 2014! – Yes.Alhamdulillah setiap penyertaan Madu Yubalam di karnival MAHA, HALFEST, MIHAS, KUD, BAHTERA dll sentiasa kena serbu dengan pengunjung yg nak dptkan madu tualang.
[+] JAMINAN PULANGAN WANG SEPENUHNYA! – Jika anda rasa madu Yubalam x original… anda boleh pulangkan madu tu kt kami dan kami akan pulangkan sepenuhnya wang anda!. Walaupun anda sudah makan 3 suku botol madu.. baru anda perasan madu tu x asli.. hahaha
=======================
TESTIMONI PELANGGAN KAMI
=======================
Saya sudah amalkan makan madu lebih 30 tahun.. sekali rasa ape saja madu tekak saya sudah boleh tahu yang madu tu asli atau palsu.. dan saya yakin lepas rasa Madu Yubalam.. ianya mmg madu asli.
~ Pak Cik Harun, Pahang
.
Saya jadi pelanggan tetap Madu Yubalam sejak dari belian pertama saya dri Ekspo MAHA tahun 2010.
~ En Ali, KL
.
Sebulan-sekali saya akan beli Madu Yubalam 2kg deal dari wasap je.. dalam 1-2 hari.. madu sampai kt rumah di Kedah ni.. dah hampir setahun saya makan madu tualang Yubalam.
~ En. Din, Kedah
.
.
SIAPA YANG PERLU DAPATKAN MADU TUALANG YUBALAM NI?
ANDA LAH.....SUAMI & AYAH
Pastikan di dapur rumah anda sentiasa ada stok madu. Sebagai ketua keluarga anda kena pastikan ahli keluarga anda sentiasa sihat. Galakkan mereka untuk mengamalkan makanan sunnah setiap hari.
ANDA LAH..... ISTERI & IBU.
Sudah tentu anda nak kan yg terbaik untuk anak-anak dan suami anda kan? sediakan masakan dan hidangan yang ada sukatan madu di dalamnya ketika sarapan, lunch & dinner.
ANDA LAH.....ANAK-ANAK.
Mungkin anda sedang bekerja di bandar dan org tua anda menetap di kampung. Pastikan beli madu Yubalam ni utk mereka sebagai stok madu yg terjamin tulen di kampung tu. Dorg nak keluar mencari mungkin dah tak larat dah nak jalan jauh. Jadi anda lah yg bertanggungjawab buat mereka.
ANDA LAH.....DIRI SENDIRI.
Kesihatan diri tu kenalah jaga gak. jgn terlalu bergantung kt ubatan yg dihasilkan dr bhn kimia je.. amalkan makanan yg dah pastinya terbukti berkhasiat ni.
Hadis tentang kelebihan Madu Lebah:
Sahih Bukhari:
"syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu , berbekam , dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.”
.
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan/penyakit yang besar."
.
Dari 'Aisyah r.a., (maksudnya)
"Nabi saw amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu."
------------------------------------------------
Digalakkan meminum madu dengan niat mengamalkan sunnah Rasulullah. Macam serampang dua mata, sihat pun dapat, pahala pun dapat. 2-in-1, siapa yang tak nak kan♡ Sebelum minum madu, jangan lupa baca bismillah dan selawat. Selain itu, boleh juga baca doa seperti berikut:
.
"Ya Allah, aku minum madu ini adalah keranaMu ya Allah & kerana hendak menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, berkat janjiMu di dlm al-Quran & berkat kekasihMu Muhammad SAW sembuhkanlah penyakitku sama ada yg nyata atau yang tersembunyi. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin."
.
AMACAM? MAU TERAI INI MADU?
Insyallah. Anda BAKAL berpuas hati dengan keaslian MADU YUBALAM atau jaminan wang anda akan dikembalikan sepenuhnya...
YA..
Ni adalah jaminan dari kami.. kalo rsa Madu Yubalam ni tak ori.. korg akan dpt balik duit korg. so x rugi kan???
Tapi setakat ni Alhamdulillah ramai yang yakin dgn Madu Yubalam
BERAPA HARGA MADU TUALANG YUBALAM NI?
=========================
Ni senarai harga produk madu tualang Yubalam TIDAK termasuk caj Penghantaran.
1kg : RM100.00
650g : RM70.00
500g : RM55.00
345g : RM40.00
200g : RM25.00
UNTUK YG BERMINAT UTK DAPATKAN PRODUK MADU YUBALAM, TERUS KLIK WASAP LINK DI BAWAH :
📱 www.wasap.my/60146108098/PDH-MaduYubalam
📱 www.wasap.my/601123773426/PDH-MaduYubalam
Atau boleh buat carian "Madu Yubalam" di Shopee
berapa hari lagi tahun baru 在 Facebook 的最佳解答
Terbaca berita ada lelaki Guna Kereta Sewa Dan Berlakon Kaya, kemudian Tipu perempuan waktu memikat?
Nak mengorat memang kena ada kereta mewah ke?
Ada juga baca berita peniaga sewa kereta mewah dan ajak orang join bisnes dia yang Berjaya sebab dia pakai kereta mewah, dan kereta mewah tanda Berjaya?
Ingat balik, memang ada geng MLM naik kereta (jenama saya lupa) ajak mengeteh dan melabur, tapi saya tak terkesanpun.
Alhamdulillah sampai hari ni, belum pernah kena tipu dalam mana mana bisnes MLM.
Bagus jugak tak minat kereta mewah ni sebab bagi saya kereta ni bukan isu jenama, asal praktikal, tak beban, cukuplah boleh gerak, okey dah. Walau saya ni kaki movie, tapi filem Fast and Furious tu langsung tak minat, saya tak suka tengok hero naik kereta mewah atau motor besar, saya suka hero baca buku (woha!)
Saya rasa orang yang bergantung pada jenama kereta mewah ini sedikit lemah Iman. Saya rasalah!
Sebab Dia macam terpaksa bergantung kepada jenama untuk nampak hebat. (ada unsur syirik)
Paling tak tahan, berlagak sombong bila ada kereta mewah, malas nak cerita lah, dia punya feel berlagak waktu semua orang pandang dia, tak boleh blah, lagi nak remmm minyak, lagi nak pasang muzik kuat, nak bawak laju, padahal nobody care.
Lepas tu nak kena pulak ada awek seksi bodoh duduk sebelah, adohai, itu yang saya cakap peminat kereta ada sikit masalah Iman korang janglah marah yer?
Belum cerita geng beli kereta jenama tempatan dan hias dengan ribuan ringgit supaya nampak macam kereta luar Negara, saya sekali tengok dah tahu itu kereta wira, lepas tu sanggup habis ribuan ringgit nak tukar wira kepada evo three?, adohai, lepas tu bunyi macam ribut, dengan lowed kena perlahan area Bumper siap turun, lepas tu warna macam kereta macam budak tadika baru dapat calour, cermin hitam, plat dengan nombor ‘perasan unik’ yang membuatkan JPJ susah nak baca, last-last kena saman.., tak kira ada masalah keimanan ke?
Nak cerita ke kereta mewah tak pergi masjid?
Nak cerita ke kisah orang bujang ikat perut pakai kereta mewah, kemudian masuk neraka wang dan jadi muflis?
Ingat lirik lagu Altimet? Beliau perli sikap orang muda nak bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP. Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting rumah sendiri, sedikit besar dan selesa.
"Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah .. Amboi, amboi."
Bab kereta mewah, Inilah Neraka Wang bak kata Afyan Mat Rawi, ramai orang muda tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga terperangkap dalam hutang seumur hidup.
(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)
Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya.
ALkisahnya, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
(gambar kereta ni saya ambik dekat forum carigold)
Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.
Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.
Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.
Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya jual kereta Charede dan beli kereta proton wira second Hand yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya jual Wira, dan beli Proton Exora, cukuplah kami tujuh beranak.
Tapi kereta Exora kuat minyak, maka saya perlukan kereta kedua untuk urusan kerja, saya beli Axia kompang.
Dijalanan orang cakap: “penulis pakai Axia jer?”
Dah ini kereta yang mampu saya pakai dan bayar bulan bulan, asalkan praktikal, saya tak kisah pun, Nobody care.
Apa-apapun, nak minat kereta biar berpada pada, ukur Iman dalam dada, kenapa nak kereta mewah? Kenapa nak Warna paling terang, bunyi eksos paling kuat? Muzik speaker baling bergegar bass? Bumper paling lowed, Awek seksi duduk sebelah? Kenapa?
Mungkin Ada orang dia cuba jadi orang pertama pakai kereta BMW dalam keluarga, ada orang dia nak jadi orang pertama ada kereta Ferarri dalam keluarga.
Alkisahnya, pernah saya baca kisah orang kaya yang ada kereta mewah, waktu sakit nak mati, harapan dia agar dapat tulis satu buku tentang kisah hidup dia.
Maka saya terfikir, antara menjadi orang pertama ada kereta mewah dalam keluarga, lebih baik saya jadi orang pertama ada BUKU dalam keluarga.
Maka terlihatlah saya menaiki sebuah kereta Axia, paling murah di Malaysia, Bersama Buku tulisan saya yang dah masuk 12 bijik!
Sesungguhnya, Kereta ‘mewah’ saya ini akan sampai setakat pagar kubur, tapi buku saya harapannya, insyaAllah menjadi bekalan kebaikkan Bersama doa anak yang soleh serta sedekah jariah.
Woha!
Ps: Hidup ini tak perlu cari kereta mawah semata mata. Sungguh Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi diukur melalui kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat, dan dibukukan pengalaman itu, tak percaya? baca buku KISAH LAKI BINI! (Woha sampai syurga!)
berapa hari lagi tahun baru 在 Tahun baru - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas 的相關結果
Hari tahun baru di Indonesia jatuh pada tanggal 1 Januari seperti negara-negara lainnya di dunia karena Indonesia mengadopsi kalender Gregorian yang berasal ... ... <看更多>
berapa hari lagi tahun baru 在 kalender tahun 2023, hari libur nasional dan cuti bersama 的相關結果
1, Tahun Baru 2023. 22, Tahun Baru Imlek 2574 Kongzili. 23, Cuti Bersama Imlek. februari2023; mingguseninselasarabukamisjumatsabtu ... ... <看更多>
berapa hari lagi tahun baru 在 Tahun Baru Islam 2022 Berapa Hari Lagi? Simak Jadwal 1 ... 的相關結果
Berdasarkan kalender nasional Tahun Baru Islam 2022 atau 1 Muharram 1444 Hijriah akan tiba, yaitu dimulai malam 29 Juli hingga malam 30 Juli ... ... <看更多>