Minggu lepas waktu PKP, Awesome TV (123) buat marathon filem Back to The future, saya pun layan balik dan movie ini sangat mengimbau kenangan zaman kanak kanak saya dahulu.
Maklumlah, Filem BTTF ini merupakan filem pertama yang saya layang di panggung wayang, walaupun bukan Part1 tapi ianya adalah Back To The Future part 3 pada tahun 1990!
Gigih kayuh basikal 15 km, tiket RM2 ringgit, masuk wayang kerusi kayu, siap ada orang hisap rokok dan makan mee goreng, kulit kuaci bersepah sepah!
Umur baru 12 tahun masa tu, tapi itulah sumber hiburan untuk budak miskin macam saya zaman tu, rumah takde player video! Jadi tengok Wayang adalah pilihan utama, gigih kerja sambilan kumpul duit untuk layan movie terkini.
Arwah mak saya sangat garang, jika dia tahu anaknya pergi tengok wayang memang kena rotan berbirat birat, tapi lepas mak dah tua, datang rumah saya tengok ada gitar dan DVD, mak saya okey jer, sebab katanya saya dah jadi manusia, dan mak bangga dapat anak macam saya-Woha!
Alkisahnya, tahun 80-an, lepas tengok Back To The Future part One di TV2, yang mana hero secara tak sengaja ke zaman mak ayah dia, lalu selamatkan maruah keluarga, maka Back To The Future part Two, hero ke zaman hadapan untuk selamatkan anak cucu pulak, lepas tu bersambung ke part Three, hero nak selamatkan nenek moyang, maka semua tu saya hanya tonton di Tv2 dalam slot Mega Movie!
Maka teruja dengan iklan part Three.. terus sanggup seorang saya dan kawan kawan berbasikal ke Panggung Rex Kuala Terengganu sebalah Pasaraya Hock Kee Seng nak tengok sambungan!
Sekarang Panggung tu dah tutup jadi kedai kain.
Namun zaman berganti zaman, filem Back To The Futere ini kekal sebagai rujukan filem merentas masa paling menghiburkan lakonan Micheal J Fox sebaga Mc Fly!
Ringkas cerita, bila bercerita tentang pengembaraan mesin masa, maka ada dua teori yang diguna pakai agar korang tidak keliru dalam memahami jalur cerita, iaitu Paradox Universe dan Parallel Universe.
Paradox Universe macam filem Back To The Future (1985) inilah, , masa lalu diubah supaya masa depan berubah, contohnya bila hero ke masa lalu berjumpa ibunya di waktu muda dan ibunya jatuh cinta pada hero, maka hero mulai tidak wujud, maka hero kena cepat-cepat pergi ajar ayah dia agar mengorat mak dia! Kalau tak dia tak akan wujud!
Sama macam filem Terminator(1984), Oleh sebab di masa hadapan John Conour akan hapuskan semua robot jahat, maka robot jahat hantar tenteranya ke masa lalu untuk bunuh ibu yang akan lahirkan John Conour, lalu dari masa hadapan Kyle Reese datang untuk selamatkan Ibu John Conour, alih alih, Kyle Reese menjadi ayah kepada John Conour-itu yang menjadikan ianya Paradox Universe.
Nak lebih pening dalam bab Paradox Universe, korang tengok filem Predestination (2014), kisah aku perempuan, jumpa aku lelaki, aku kahwin dengan aku dapat anak juga seorang aku, anak aku kena culik dengan aku, aku kena bunuh penculik anak aku, rupanya aku yang culik anak aku, dan aku dibunuh oleh aku, tapi aku di tolong oleh aku, ha ha ha, pening tak?
Okey, itu cerita Paradox Universe.., manakala Parallel Universe pula macam cerita Dragon Ball, masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru. Contoh bila Goku mati, maka Trunks kembali ke zaman Goku hidup dan ubah sejarah, tapi bila dia balik ke masa hadapan tiada apa yang berubah kerana masa silam yang diubah telah menjadi Universe yang berlainan.
Inilah juga yang diguna dalam filem Avengers Endgame, Parallel Universe, iaitu masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru.
Namun oleh kerana kewujudan Infitinity Stone mempengaruhi keseimbangan alam, maka ianya perlu dipulangkan untuk terus mengimbangi universe masing masing.
Al faham ke idop?
Balik ke dunia Islam, ada beberapa cerita tentang pengembaraan masa seperti kisah tujuh pemuda yang tidur selama tiga ratus tahun tapi berasa seperti hanya satu malam, juga Nabi melihat masa depan, seperti Nabi melihat melihat Abdul Rahman merangkak di Syurga sedangkan waktu itu Abdul Rahman masih hidup di dunia. (boleh rujuk hadis)
Atau yang lebih jelas, turunnya Surah Al Masad, Surah yang memberitahu di masa hadapan Abu Lahab akan masuk neraka bersama isterinya.
Surah ini turun waktu Abu Lahab masih hidup, dan beliau sangat marah dan terus menentang Nabi, padahal, jika kita fikir logic, sepatutnya inilah peluang Abu Lahab untuk cipta Parallel Universe iaitu ambik peluang ini untuk bertaubat, masuk islam dan ubah masa depan! Tapi Abu Lahab tak ambik peluang ini kerana masa dan takdir itu di tangan Allah.
Di sisi Allah, tiada orang dibenarkan untuk undur ke masa lalu supaya dapat bertaubat, sebab itu dalam Al quran turun ayat: Demi masa semua manusia dalam kerugian, bermakna masa tidak dapat diundur untuk manusia, dalam hadis pula, selalu dipesan, guna lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Jadi secara kesimpulanya, masa di cipta kearah hadapan dan akan habis untuk manusia ambil peluang mengabdi diri kepada Allah.
Hadis lain pula tentang kisah Allah menulis takdir, yang mana pena (takdir) telah terangkat dan dakwat (timeline) telah kering, maka focus kita didunia ini, bukan nak ubah takdir semalam, tapi nak ubah takdir masa hadapan kerana kita belumpun tahu masa hadapan lalu Allah berfirmah:
“Aku tidak akan mengubah nasib kaum yang tidak mahu berubah”
Nampak tak? So dalam Islam, masih common sense dulu dan sekarang iaitu masa bergerak ke hadapan dan akan habis, gunakan masa sebaiknya sementara nyawa belum habis. Simple!
Jadi tak payah pening kepala fikir nak balik ke masa lalu untuk ubah sejarah, sebaliknya fokuslah pada baki nikmat yang ada untuk bertaubat, kerana selagi nyawa masih ada, pintu taubat terbuka luas walau dosa besar macam mana pun.
Nanti bila pintu keretamayat terbukak, korang pulak masuk terbujur kaku sebab pintu taubat dan tertutup, maka saya bawa laju-laju macam kereta DeLorean pun akan tetap bawa korang ke masa depan, iaitu Neraka! Nauzubilah!
“Habis tu abang mayat, memang takde peluanglah dalam sains untuk cipta mesn masa ke belakang?”
Yer dik, sebab undur masa bertentangan dengan Al quran, jadi fokuslah rezeki yang masih ada ditangan untuk guna sebagai jalan bertaubat, dalam Al quran dah cerita kisah ahli neraka nak undur kembali ke dunia tapi permintaan mereka tidak di layan oleh Allah.
Namun jika korang masih ada niat nak guna mesin masa secara islamik, masih ada ‘cara’nya, saya pernah guna sewaktu mendaki gunung Kinabalu beberapa tahun lepas.
Link Video naik Kinabalu: https://youtu.be/zmS_n7y_w3Q
Alkisahnya, lagi satu kilometer nak sampai ke puncak, waktu itu saya rasa diri ini adalah sangat-sangat penat, saya terus duduk berehat, urut betis, dan terbaring sambil pejam mata dan tutup telinga lalu terbang ke masa depan.
Saya terus sampai ke hospital kuala Terengganu di tahun 2040 kot? Saya ternampak diri saya yang sudah tua, sudah terbaring di katil hospital, makan tak boleh guna mulut, kena guna tiub, badan di cucuk ubat setiap satu jam, mata terkebil kebil menerima takdir, lepas tu anak anak datang cerita masalah hidup, anak mengadu tak cukup wang nak tanggung kos bedah, bini menangis atas kerusi roda, sedih sungguh.
Lepas tu saya rasa nak berak, tapi tak boleh bergerak, datang Jururawat lelaki bukak seluar saya dan basuh punggung saya dengan kasar sebab saya dah terberak, sedih hati sebab tak mampu basuh berak lalu saya pejam mata dan berdoa agar saya dapat kembali ke zaman silam, kembali ke kaki gunung kinabalu, zaman saya sihat dulu dulu. Berikan Saya Paradox Universe!
Dan Alhamdulillah! doaku makbul!
Saya bukak mata, saya tiba tiba ada di pertengahan gunung kinabalu, saya pandang kiri kanan menikmati pandangan yang indah, saya hisap tamar manis dengan nikmat, saya teguk air gunung dengan bahagia, saya melompat lompat tak sabar nak teruskan mendaki, lalu saya teruskan mendaki sambil tersenyum bahagia, menikmati kekuatan kaki melangkah, menikmati deruan angin, menikmati kurma kering, menikmati nikmat sihat, dan menikmati setiap detik! Alhamdulillah, terus saya berzikir kesyukuran tak henti henti, lalu akhirnya saya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan jiwa yang penuh dengan kedamaian dah kebahagian serta kesyukuran.
Alhamdulillah. Nikmat mana lagi saya dustakan?
Link Video naik Kinabalu: https://youtu.be/zmS_n7y_w3Q
So, nasihat saya, bila korang semua ada masalah, sedang sedih, sedang berduka cita, cepat cepat gunakan mesin masa, pergi ke masa depan, rasai pengalaman menderita di hospital, ambik masa lima ke sepeuluh minit duduk sana, rasai penderitaan di sana, lagi lama lagi bagus dan bila dah tak cukup sabar, kembalilah ke masa silam iaitu hari ini.
Sungguh hari ini sangat indah, langit sedang membiru, pohon sangat menghijau. Burung berkicauan, rama rama terbang, dan nikmat udara ini, rasanya sangat sedap! PKP ini membuka sejadah yang indah untuk dicucrkan air mata taubat.
Untuk kesan yang lebih tinggi, korang pergi ke masa depan yang lebih jauh, bukan ke zaman 2050 atau 3000, tapi bayangkan diri masuk neraka berpelukkan dengan Abu Lahab berguling-guling atas bara api, lalu korang menangis air mata darah merayu malaikat Malik penjaga Neraka agar kembalikan korang ke dunia, tapi Malaikat tak layan, malah dipukul muka korang sampai pecah berkecai dan bercantum kembali, lalu korang menangis air mata nanah merayu kepada Allah untuk dihantar semula ke dunia, takpelah PKP pun, I sinar tak lulus pun takpe, takpe jugak minyak tak turun hargapun, tol tak mansuh pun tak per, asal dapat ke dunia dan dapat merasai nikmat beribadat.
Oh Tuhan, saya telah merasai azabnya neraka yang dahulu saya minta disegerakan (kerana tidak beriman), maka kembalikanlah saya kedunia walaupun sekadar satu perahan susu agar dapat saya menyebut namaMu didunia yang mana menurut NabiMu, sesiapa sahaja pernah ucap kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah”, pasti akan dikeluarkan dari Neraka walau dosa sebanyak buih di lautan, Oh Allah yang Maha Pengampun! Kembalilah kami ke dunia!
Oleh sebab daya imigansi korang terlalu tinggi, semua gambaran dalam neraka tu betul betul dapat dirasai buat korang menangis teresak esak, Sekali korang buka mata! Nah! Elok ada depan Telefon waktu PKP, perghhh, doa korang termakbul, sesungguhnya koranglah manusia paling bertuah! Tiada lagi penat, tiada lagi keluhan. Tiada lagu dukacita, Korang masih ada didunia sedang baca coretan ini, dan masih sempat Bertaubat! Alhamdulillah! Doa Paradox Universe korang dah makbul!
Jadi pergi berdoa syukur sekarang, dan jika teringat, sebutlah namaku dalam doamu, chewah…
Ps: Siapa siapa yang ada pintu TENET atau laci meja Doraemon Nobita, atau kereta terbang delorean time machine, atau cecair Ant Man atau mana mana mesin masa... tolong jangan pergi ke tahun 1990 bagitahu mak saya bahawa hamka sedang tengok wayang-Tolong!
Woha!
Link Video naik Kinabalu: https://youtu.be/zmS_n7y_w3Q (Tolong Like dan Subcribe Channel Youtube saya, terima kasih)
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過16萬的網紅Studio Megaane,也在其Youtube影片中提到,【チャンネル登録】⇒https://goo.gl/ZQ3v90 【動画検索】⇒http://studiomegaane.com/ 【Apple Music】⇒https://itunes.apple.com/jp/artist/studio-megaane/1472190745 【Twitter】⇒...
「parallel robot」的推薦目錄:
- 關於parallel robot 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於parallel robot 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於parallel robot 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於parallel robot 在 Studio Megaane Youtube 的最佳貼文
- 關於parallel robot 在 parallel-robot · GitHub Topics 的評價
- 關於parallel robot 在 parallel Robot - Facebook 的評價
- 關於parallel robot 在 A New Seven Degrees-of-Freedom ... - Guillaume J. Laurent 的評價
parallel robot 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
(Bila sedih gunalah mesin masa)
Copy paste tulisan saya dari group autisme malaysia.
*******
Tuhan menduga manusia, tiba tiba dikurniakan anak OKU, lalu ada ibu bapa yang berkata:
“Jika dapat ku undur masa, akan aku tahan kelahiran ini, agar anak tidak menderita apabila dewasa, kerana mendapat ibu bapa yang gagal seperti kami, sudahlah nasib anak seorang OKU, ditakdirkan pula mendapat ibu bapa yang menyalahkan takdir, oh.., kalaulah dapat ku undur masa”
Baik, sebelum bercerita tentang pengembaraan mesin masa ke masa lampau, maka ada dua teori yang diguna pakai dalam dunia sains fiksyen, iaitu Paradox Universe dan Parallel Universe.
Paradox Universe ni macam filem Terminator, masa lalu diubah supaya masa depan berubah. Oleh sebab di masa hadapan John Conour akan hapuskan semua robot jahat, maka robot jahat hantar tenteranya ke masa lalu untuk bunuh ibu yang akan lahirkan John Conour, lalu dari masa hadapan Kyle Reese datang untuk selamatkan Ibu John Conour, alih alih, Kyle Reese menjadi ayah kepada John Conour-itu yang menjadikan ianya Paradox Universe.
Filem lain yang guna Paradox Universe adalah Back To The Future, contohnya bila hero ke masa lalu berjumpa ibunya di waktu muda dan ibunya jatuh cinta pada hero, maka hero mulai tidak wujud.
Baik, itu cerita Paradox Universe, Parallel Universe pula macam cerita Dragon Ball, masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru. Contoh bila Goku mati, maka Trunk kembali ke zaman Goku hidup dan ubah sejarah, tapi bila dia balik ke masa hadapan tiada apa yang berubah kerana masa silam yang diubah telah menjadi Universe yang berlainan.
Atau macam filem Avengers Endgame, juga guna konsep, Parallel Universe, iaitu masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru. Namun oleh kerana kewujudan Infitinity Stone mempengaruhi keseimbangan alam, maka ianya perlu dipulangkan oleh Captain Amarica untuk terus mengimbangi universe masing masing.
Al faham ke idop?
Balik ke dunia Islam, wujudkah mesin masa untuk ubah sejarah?
Jika kita belajar bab Tauhid, Allah duduk tidak bertempat kerana Allah yang menciptakan ruang dan tempat, dan Allah tidak terikat dengan masa kerana Allah yang mencipta masa, sebab itu dalam bab takdir, sebelum kita lahir lagi, Allah sudah menulis takdir kita dengan Pena Takdir selama ribuan tahun sebelum kewujudan manusia, dan bagaimana Allah tahu tentang kemahuan kita? Kerana Allah Maha Mengetahui.
Allah berfirman, “akan uji menusia ikut kemampuan”, maka bila kita di uji, dan tiba tiba kita berasa tidak mampu, bukan bererti kita tidak mampu, tapi kita MEMILIH untuk putus asa, sedangkan ada ramai lagi orang lain yang ujiannya jauh lebih besar dari kita, tapi Iman mereka semakin bertambah sebab mereka memilih untuk bersabar dan bersyukur.
Mari kita rujuk kisah dalam Alquran, kisah bagaimana nasib tujuh pemuda di zalimi Raja zaman itu, mereka akan dibunuh jika terus beriman, lalu mereka bersembunyi dalam gua, lalu dengan kuasa Allah yang menguasai masa, kesemua pemuda ini telah menjalani pengembaraan masa kerana tidur selama tiga ratus Sembilan tahun tapi berasa seperti hanya satu malam. Bila mereka terjaga, Raja zalim sudah mati dan mereka semua sudah terselamat kerana zaman itu raja yang adil sedang memerintah.
Dalam Al quran juga bercerita kisah Nabi Khidir A.S yang hidup di pertemuan dua laut memiliki kemampuan melihat masa hadapan secara paradox yang mana Nabi MusaA.S pu hairan sewaktu melihat Nabi Khidir merosakkan kapal orang miskin, (jika tidak kapal itu akan dirampas raja yang zalim) membunuh anak muda (kerana apabila dewasa akan menjadi derhaka) dan membina tembok pelindung di perkampungan yang tidak menyambut kedatangannya (kerana ada harta anak yatim perlu disembunyikan sebelum tiba masanya).
Bila diterangkan barulah Nabi Musa A.S faham tentang sesuatu kejadian berlaku kerana Allah MAha Mengetahui, mungkin kita Nampak buruk, padahal ada hikmah yang sangat besar yang kita tidak pernah tahu.
Kisah lain tentang pengembaraan masa adalah apabila Nabi Di israkkan kelangit dan berpeluang melihat masa hadapan kerana Allah telah membuka hijab kepada Nabi Muhammad SAW untuk melihat masa depan, seperti Nabi melihat melihat Sahabat baginda di Syurga sedangkan waktu itu Sahabat masih hidup di dunia. Nabi melihat ramai wanita di Neraka, Nabi melihat azab di Neraka dan pelbagai lagi sedangkan pada waktu itu kiamat belum berlaku.
Persoalannya, boleh kah kita ubah sejarah andai merentasi masa itu wujud?
Mari kita ke Tanah Mekah 1400 tahun yang lalu, sewaktu turunnya Surah Al Masad, Surah yang memberitahu di masa hadapan Abu Lahab akan masuk neraka bersama isterinya.
Surah ini turun waktu Abu Lahab masih hidup, dan beliau sangat marah dan terus menentang Nabi membenarkan ayat Al Quran tentang nasib yang bakal menimpa dirinya, padahal, jika kita fikir logic, sepatutnya inilah peluang Abu Lahab untuk cipta Parallel Universe iaitu ambik peluang ini untuk taubat, masuk islam dan ubah masa depan! Tapi Abu Lahab tak ambik peluang ini kerana masa itu di tangan Allah.
Di sisi Allah, tiada orang dibenarkan untuk undur ke masa lalu untuk bertaubat, sebab itu dalam Al quran turun ayat: Demi masa semua manusia dalam kerugian, bermakna masa tidak dapat diundur untuk manusia, dalam hadis pula, selalu dipesan, guna lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.
Jadi secara kesimpulanya, masa di cipta kearah hadapan dan akan habis untuk manusia ambil peluang mengabdi diri kepada Allah.
Hadis lain pula tentang kisah Allah menulis takdir, pena (takdir) telah terangkat dan dakwat (timeline) telah kering, maka focus kita didunia ini, bukan nak ubah takdir semalam, tapi nak ubah takdir masa hadapan kerana kita belumpun tahu masa hadapan lalu Allah berfirmah:
“Aku tidak akan mengubah nasib kaum yang tidak mahu berubah”
Nampak tak? jadi dalam Islam, masih common sense dulu dan sekarang iaitu masa bergerak ke hadapan dan akan habis, gunakan masa sebaiknya sementara nyawa belum habis. Simple!
Lalu bila kita mendapat ujian, jangan pernah bermimpi nak kembali ke masa lalu, jangan Tanya KENAPA saya di uji
Jangan pernah tanya soalan KENAPA Allah Uji kita, sebab nanti akan dapat jawapan yang salah.
Kenapa saya yang di uji? Kenapa anak saya OKU, apa dosa saya? Tuhan tak sayang saya ke? Tengok?!, dah bermula jawapan yang salah bermain di kepala.
Jadi jangan pernah tanya KENAPA kepada Allah dalam masalah kita, sebab dulu sewaktu Allah cipta manusia, malaikat pun bertanya KENAPA Allah cipta makhluk yang akan menumpahkan darah? Lalu Allah tegur: Aku lebih Mengetahui!
Maka samalah ujian yang menimpa hidup kita, jangan tanya KENAPA saya diuji sebegini rupa sebab Allah Maha Mengetahui, jadi nak tanya soalan apa?
Jawapan yang betul, tanyalah BAGAIMANA.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak Syukuri ujian ini.
Allah uji sebab kita orang beriman dan layak mendapat Special Request yang bermaksud:
Janganlah kita mengaku beriman sebelum kita di uji, Dan kerana itu Allah menguji kita, kerana Allah sayang pada kita, kerana kita ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kita dari azab api neraka yang panas membara dan apabila beginilah caranya untuk Allah masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?
Hidup ini bukan hanya di dunia, ada kehidupan di alam barzah, di padang Mahsyar, di Telaga Kausar, di Neraca Timbangan, di titian sirat dan Pintu Akhirat. Kita Nampak anak OKU macam beban dalam kehidupan di dunia, tapi di akhirat, anak OKU akan banyak membantu kita dengan syarat kita tempuhi ujian ini dengan hati penuh kesyukuran”
Nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kami, alangkah ringan-nya penderitaan ini...
Tapi encik Hamka, saya rasa sangat penat sewaktu menjaga anak OKU, sangat penat!
Baik, kepada sesiapa yang sedang penat, anda boleh naik mesin masa, bagaimana?
Alkisahnya, saya pun pernah rasa sangat penat melayan anak OKU lalu ada masa rehat sekejap, saya terus terbaring sambil pejam mata dan tutup telinga lalu terbang ke masa depan.
Tiba tiba saya rasakan seolah olah sudah sampai ke hospital kuala Terengganu di tahun 2040 kot? saya ternampak diri saya yang sudah tua, sudah terbaring di katil hospital, lumpuh badan macam orang OKU, makan tak boleh guna mulut, kena guna tiub, badan di cucuk ubat setiap satu jam, mata terkebil kebil menerima takdir, lepas tu anak anak datang cerita masalah hidup, anak mengadu tak cukup wang nak tanggung kos bedah, bini menangis atas kerusi roda, sedih sungguh.
Lepas tu saya rasa nak berak, tapi tak boleh bergerak, datang Jururawat lelaki bukak seluar saya dan basuh punggung saya dengan kasar sebab saya dah terberak, sedih hati sebab tak mampu basuh berak lalu saya faham agakanya beginilah perasaan anak OKU jika kita kasar melayannya lalu dalam kesedihan akinat sakit tua, saya terus pejam mata dan berdoa agar saya dapat kembali ke zaman silam, kembali ke zaman sekarang sewaktu penat bermain dengan anak OKU. Berikan saya Paradox Universe!
Dan Alhamdulillah! Doa saya makbul!
Saya bukak mata, saya tiba tiba ada dirumah melihat anak OKU sedang bermain dalam dunianya sendiri, saya pandang kiri kanan menikmati pandangan yang indah, saya bangkit dari pembaringan melompat sambil tersenyum bahagia, menikmati kekuatan kaki melangkah, menikmati deruan angin, menikmati selera makan, menikmati tubuh yang masih sihat, dan menikmati setiap detik! Alhamdulillah, terus saya berzikir kesyukuran tak henti henti, lalu terlihat dari jauh, saya dan anak OKU sedang bermain bersama dengan jiwa yang penuh dengan kedamaian dah kebahagian serta kesyukuran.
Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang saya dustakan?
So, nasihat saya, bila korang semua ada masalah, sedang sedih, sedang berduka cita, cepat cepat gunakan mesin masa, pergi ke masa depan, rasai pengalaman menderita di hospital, ambik masa lima ke sepuluh minit duduk sana, rasai penderitaan di sana, dan bila dah tak cukup sabar, kembalilah ke masa silam iaitu hari ini.
Sungguh hari ini sangat indah, langit sedang membiru, pohon sangat menghijau. Burung berkicauan, rama rama terbang, dan nikmat udara ini, rasanya sangat sedap!
Untuk kesan yang lebih tinggi, korang pergi ke masa depan yang lebih jauh, bukan ke zaman 2050 atau 3000, tapi bayangkan diri masuk neraka berpelukkan dengan Abu Lahab berguling-guling atas bara api, lalu korang menangis air mata darah merayu malaikat Malik penjaga Neraka agar kembalikan korang ke dunia, tapi Malaikat tak layan, malah dipukul muka korang sampai pecah berkecai dan bercantum kembali, lalu korang menangis air mata nanah merayu kepada Allah untuk dihantar semula ke dunia, takpelah hidup sederhanapun, takpelah anak OKU pun, asal dapat kembali ke dunia dan dapat merasai nikmat beribadat.
Oh Tuhan, aku telah merasai azabnya neraka yang dahulu aku minta disegerakan (kerana tidak beriman), maka kembalikanlah aku kedunia walaupun sekadar satu perahan susu agar dapat aku menyebut namaMu didunia yang mana menurut NabiMu, sesiapa sahaja pernah ucap Tiada Tuhan melainkan Allah, pasti akan dikeluarkan dari Neraka walau dosa sebanyak buih di lautan, Oh Allah yang Maha Pengampun! Kembalilah kami ke dunia!
Sekali korang buka mata! Nah! doa korang termakbul, sesungguhnya koranglah manusia paling bertuah! Tiada lagi penat, tiada lagi keluhan. Tiada lagi dukacita, Korang masih ada didunia sedang baca coretan ini, dan masih sempat Bertaubat! Alhamdulillah! Doa Paradox Universe korang dah makbul!
Dan berdiri depan mata korang sekarang ini, anak OKU yang merupakan ladang pahala untuk membesarkan syurga di akhirat. Jangan pernah mengeluh penat menjaga anak OKU tapi berterima kasihlah kerana bila kita penat, maka kita dah tak larat buat maksiat-Alhamdulillah.
Sesungguhnya, Sekiranya apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kami dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.
Jadi pergi berdoa syukur sekarang, dan jika teringat, sebutlah namaku dalam doamu, chewah…
Woha!
parallel robot 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
MESIN MASA DALAM ISLAM?
(Spoiler Avengers Endgame bakal menyusul)
Bila bercerita tentang pengembaraan mesin masa, maka ada dua teori yang diguna pakai, iaitu Paradox Universe dan Parallel Universe.
Paradox Universe ni macam filem Terminator, masa lalu diubah supaya masa depan berubah. Oleh sebab di masa hadapan John Conour akan hapuskan semua robot jahat, maka robot jahat hantar tenteranya ke masa lalu untuk bunuh ibu yang akan lahirkan John Conour, lalu dari masa hadapan Kyle Reese datang untuk selamatkan Ibu John Conour, alih alih, Kyle Reese menjadi ayah kepada John Conour-itu yang menjadikan ianya Paradox Universe.
Filem lain yang guna Paradox Universe adalah Back To The Future, cntohnya bila hero ke masa lalu berjumpa ibunya di waktu muda dan ibunya jatuh cinta pada hero, maka hero mulai tidak wujud.
Baik, itu cerita Paradox Universe, Parallel Universe pula macam cerita Dragon Ball, masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru. Contoh bila Goku mati, maka Trunk kembali ke zaman Goku hidup dan ubah sejarah, tapi bila dia balik ke masa hadapan tiada apa yang berubah kerana masa silam yang diubah telah menjadi Universe yang berlainan.
Inilah yang diguna dalam filem Avengers Endgame, Parallel Universe, iaitu masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru. Namun oleh kerana kewujudan Infitinity Stone mempengaruhi keseimbangan alam, maka ianya perlu dipulangkan untuk terus mengimbangi universe masing masing.
Al faham ke idop?
Balik ke dunia Islam, ada beberapa cerita tentang pengembaraan masa seperti kisah tujuh pemuda yang tidur selama tiga ratus tahun tapi berasa seperti hanya satu malam, juga Nabi melihat masa depan, seperti Nabi melihat melihat Abdul Rahman merangkak di Syurga sedangkan waktu itu Abdul Rahman masih hidup di dunia. (boleh rujuk hadis)
Atau yang lebih jelas, turunnya Surah Al Masad, Surah yang memberitahu di masa hadapan Abu Lahab akan masuk neraka bersama isterinya.
Surah ini turun waktu Abu Lahab masih hidup, dan beliau sangat marah dan terus menentang Nabi, padahal, jika kita fikir logic, sepatutnya inilah peluang Abu Lahab untuk cipta Parallel Universe iaitu ambik peluang ini untuk taubat, masuk islam dan ubah masa depan! Tapi Abu Lahab tak ambik peluang ini kerana masa itu di tangan Allah.
Di sisi Allah, tiada orang dibenarkan untuk undur ke masa lalu untuk bertaubat, sebab itu dalam Al quran turun ayat: Demi masa semua manusia dalam kerugian, bermakna masa tidak dapat diundur untuk manusia, dalam hadis pula, selalu dipesan, guna lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Jadi secara kesimpulanya, masa di cipta kearah hadapan dan akan habis untuk manusia ambil peluang mengabdi diri kepada Allah.
Hadis lain pula tentang kisah Allah menulis takdir, pena (takdir) telah terangkat dan dakwat (timeline) telah kering, maka focus kita didunia ini, bukan nak ubah takdir semalam, tapi nak ubah takdir masa hadapan kerana kita belumpun tahu masa hadapan lalu Allah berfirmah:
“Aku tidak akan mengubah nasib kaum yang tidak mahu berubah”
Nampak tak? So dalam Islam, masih common sense dulu dan sekarang iaitu masa bergerak ke hadapan dan akan habis, gunakan masa sebaiknya sementara nyawa belum habis. Simple!
Tak payah pening kepala namun jika masih nak guna mesin masa ke masa lalu secara islamik, masih ada caranya...
(Bersambung di Blog Keretamayat)
(Link ada dalam komen)
parallel robot 在 Studio Megaane Youtube 的最佳貼文
【チャンネル登録】⇒https://goo.gl/ZQ3v90
【動画検索】⇒http://studiomegaane.com/
【Apple Music】⇒https://itunes.apple.com/jp/artist/studio-megaane/1472190745
【Twitter】⇒https://twitter.com/me_gaane
【再生リスト「2010's 8bit」】⇒https://www.youtube.com/playlist?list=PLz4hpi3aJ2GGisc-Ec1W0yqbRvU3Al8UA
「Parallel Line/Scum's Wish」
作詞・作曲・歌 - さユり / 編曲 - カワイヒデヒロ
【クズの本懐】2017年
原作 - 横槍メンゴ / 制作 - Lerche
☆年代別楽曲検索★
【2010年代】⇒http://studiomegaane.com/sample-page/2010%e5%b9%b4%e4%bb%a3/
【2000年代】⇒http://studiomegaane.com/sample-page/2000%e5%b9%b4%e4%bb%a3/
【1990年代】⇒http://studiomegaane.com/sample-page/1990%e5%b9%b4%e4%bb%a3/
【1980年代】⇒http://studiomegaane.com/sample-page/1980%e5%b9%b4%e4%bb%a3/
【1970年代】⇒http://studiomegaane.com/sample-page/1970%e5%b9%b4%e4%bb%a3/
【1960年代】⇒http://studiomegaane.com/sample-page/1960%e5%b9%b4%e4%bb%a3/
【1950年代】⇒http://studiomegaane.com/sample-page/1950%e5%b9%b4%e4%bb%a3/
☆グッズ販売★
【Studio Megaane】⇒https://teespring.com/stores/studio-megaane
【State of Japan "Dot"】⇒https://teespring.com/stores/state-of-japan-dot
【Electric guitar "Dot"】⇒https://teespring.com/stores/electric-guitar-dot
#クズの本懐 #平行線 #8bit #StudioMegaane #chiptune

parallel robot 在 parallel Robot - Facebook 的推薦與評價
Facebook. facebook · 2. parallel Robot by 智控自動化有限公司. Loading... Try Again. Cancel. Loading... Loading... ... <看更多>
parallel robot 在 A New Seven Degrees-of-Freedom ... - Guillaume J. Laurent 的推薦與評價
Parallel robots are closed-loop mechanisms composed of a moving platform connected to the base by inde- pendently actuated serial kinematic chains [1]. This ... ... <看更多>
parallel robot 在 parallel-robot · GitHub Topics 的推薦與評價
The code is derived from the mathematical model as explained in the paper "The Delta Parallel Robot: Kinematics Solutions by Robert L. Williams II, Ph.D". ... <看更多>